Beberapa istilah lebuh raya Lebuh raya

  • Lebuh raya bebas (freeway) - lebuh raya berkembar berkelajuan tinggi dengan 2 atau lebih lorong pada setiap hala, keluar masuk melalui persimpangan bertingkat dan selalunya percuma dan tidak dikenakan tol.
  • Lebuh raya kereta (motorway) - sama seperti lebuh raya bebas tetapi mungkin dikenakan tol, bergantung kepada negara masing-masing. Istilah lebuh raya kereta selalunya digunakan oleh United Kingdom, negara-negara Eropah serta beberapa negara Komanwel British seperti Pakistan.
  • Lebuh raya ekspres (expressway) - sama seperti lebuh raya kereta. Istilah lebuh raya ekspres digunakan di beberapa negara seperti Malaysia, Jepun, China, Singapura dll. Di Amerika Syarikat pula, takrifan lebuh raya ekspres mungkin berbeza; di California misalnya sebuah lebuh raya ekspres mungkin terdapat lampu isyarat.
  • Lebuh raya dua lorong - jalan raya 2 lorong yang dibina mengikut piawaian lebuh raya dan ada persimpangan bertingkat. Lebuh raya 2 lorong boleh dinaiktaraf kepada sebuah lebuh raya ekspres penuh.
  • Lebuh raya taman (parkway) - lebuh raya yang dikelilingi pokok hiasan, ataupun melalui sebuah taman yang besar, ataupun mempunyai pokok-pokok hiasan di sepanjang pembahagi lebuh raya, misalnya Lebuhraya Taman Pantai Timur di Singapura.
  • Lebuh raya tol (tollway / turnpike) - lebuh raya yang dikenakan tol.